nuffnang

Tuesday, 27 August 2013

Tahniah!!Pelakon Syanie Hashim telah pun selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd.Zainol

Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar menarik sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera.









p/s:Tahniahlah,saya ucapkan buat Syanie dan tunangnya.Semoga bahagia :)
post signature

Sunday, 18 August 2013

Fanpage Facebook yang menghairahkan


Memang amat mengejutkan betul.Ada juga wujud fanpage yang menayangkan gambar yang tak senonoh ni.Tak tahulah apa tujuan mereka menwujudkan fanpage ni..??Mungkin nak sangat publisti murahan,tak pun mungkin nak banyak like kat fanpage ni..Hmm..ada-ada saja.Jika mahu lihat banyak lagi tengoklah sendiri di page tersebut.Yang peliknya gambar-gambar awek yang di post dalam page ini seperti gambar yang diambil dari wall Facebook orang lain.Hati-hati kepada anda semua yang suka memuat turun gambar-gambar yang seksi atau yang mendedahkan aurat.Tak pasal-pasal gambar anda pun turut disebarkan dalam page tersebut.




post signature

Wednesday, 24 July 2013

Pasal Minion,orang ramai berebut-rebut masuk ke kedai ni

 Inilah berlaku kalau tergila-gila sangat dengan Minion.Sampai berbaris pun tak tahu sudah..kuat betul penangannya!!Hehe...















post signature

Thursday, 4 July 2013

Top 10 Artis Korea Terhensem Dan Tercantik 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,semua.Hari ini saya nak paparkan tentang artis korea pula.Memang sekarang ini artis Korea menjadi trend semasa terutama sekali di kalangan remaja.Saya pun tak terkecuali.Saya pun minat dengan artis Korea ni namun minat itu ada hadnya dan janganlah kita terlampau fanatik sangat sampai terikut-ikut dan terlupa dengan identiti sebenar kita.Lihat sahaja di Korea,orang-orangnya sangat bangga dengan negara dan budaya tradisi mereka.Kita pun semestinya begitu juga,kan.Apapun,tanpa membuang masa jom kita lihat senarai top 10 Artis Korea Tercantik dan Terhensem 2013.Kita mulai dulu dengan artis Terhensem di tempat ke 10:


                                       TOP 10 ARTIS KOREA TERHENSEM 2013




10.KWON SANG WOO












09.LEE JOONG KI











08.KIM SOO HYUN














07.CHOI SI WON















06.CHOI MIN HOO

















05.KIM JAE JOONG











04.NICKHYUN













03.LEE MIN HOO

















02.KIM HYUN JOONG













01.RAIN








Ok,yang tadi kita sudah lihat  Top 10 artis Korea Terhensem 2013,apa kata pula kita lihat senarai Top 10 artis Koera Tercantik 2013.Jom kita mulakan dulu di nombor 10:




                                       TOP 10 ARTIS KOREA TERCANTIK 2013


10.HAN CHAE YOUNG














09.YURI (SNSD)












08.PARK BOM (2NE1)










07.HAN GA IN











06.KIM HYUNA










05.KIM TAE HEE












04.KIL HARA (HARASORA)













03.SHIN MIN AH











02.HAN JI WON











01.SONG HYE GYO



Itulah dia senarai Top 10 Artis Korea Terhensem Dan Tercantik 2013.Bagaimana pula menurut anda???


post signature

Saturday, 29 June 2013

Do It Yourself:~Tutorial French Braid Bun Hair~

Salam semua.Hari ini saya nak buat entri pasal fesyen pula.Saya sangat sukakan fesyen.Jadi saya tertarik nak kongsikan satu tutorial tentang rambut.Nama stail ni adalah "French Braid Bun Hair".Mari kita lihat cara-cara nak buat French Braid Bun Hair ni..


Menarik tak?Ada stail,kan?!


Saya dah cuba ni.Nampak sangat menarik dan kemas.Silalah cuba :)


post signature

Thursday, 27 June 2013

Hikmah Terindah Di sebalik doa yang tidak termakbul


Al kisahnya begini.Ada seorang hamba ini yang sangat soleh,rajin berdoa dan minta sesuatu dengan Allah.Amalan dan ibadahnya baik dan tak pernah pun putus.Namun doanya tidak pernah dimakbulkan.Sebulan menunggu tapi doanya masih belum termakbul jua.Tetapi dia masih tidak berputus asa dan tetap berdoa.Tiga bulan berakhir,doanya masih juga belum termakbul.Sehinggalah hampir setahun berlalu,doanya masih juga belum termakbul.Dia berasa hairan padahal teman sepejabatnya yang orangnya biasa saja,solat pun kadang-kadang,dan buat kerja pun selalu tipu tapi doanya selalu termakbul.Orang soleh ini pun berasa sangat tidak puas hati lalu dia pun datang ke rumah seorang ustaz untuk bercerita tentang masalah yang dihadapinya.Tentang doanya yang tidak termakbul padahal dia sangat rajin dan taat kepada Allah berbanding rakan sepejabatnya itu.

Tersenyumlah ustaz ini apabila mendengar cerita dari orang soleh itu.Lalu ustaz itu pun bertanya.Kalau kamu pergi ke restoran,kemudian datang seorang penyanyi jalanan menghiburkan kamu dengan pakaiannya selekeh,suaranya tak sedap dan lagu yang dinyanyi pun bukan kesukaan kamu,apa yang akan kamu lakukan?Orang soleh tadi menjawab,saya akan beri dia duit agar dia segera beredar.Tak tahan melihat dan mendengar dia menyanyi lama-lama kat situ.
Na,cuba kalau penyanyi jalanan itu datang dengn segaknya,menyanyi dengan suara yang mengasyikkan dan lagu yang dinyanyikan pun adalah kesukaan kamu,apa pula kamu lakukan?soal ustaz itu lagi.Wah,kalau begitu saya biarkan saja dia menyanyi sampai habis.Lama pun tak kisah.Saya suruh dia nyanyi lagi.Banyak pun boleh.Kalau penyanyi jalanan tadi saya beri duit rm50,yang ini saya berani beri rm100,ustaz.Jawab orang soleh itu.

Ustaz itu pun tersenyum lagi.Begitulah,nak.Allah tidak puas mendengar doamu ketika kamu yang soleh datang menghadapnya.Allah ingin selalu melihat kamu dalam waktu yang lama sambil memohon doa kepadanya.Bagi Allah,apa sahaja yang kamu minta itu dengan segera dia boleh berikan.Namun dia ingin menahan kamu,agar kamu sentiasa dekat dengan Dia.Cuba bayangkan kalau doamu cepat dimakbulkan,adakah kamu akan sedekat ini?Di penghujung nanti apa yang kamu inginkan kemungkinan besar jauh lebih hebat dari apa yang kamu minta?Berbeza dengan rakan sepejabat kamu tadi.Allah memakbulkan doanya kerana Allah tidak mahu dia dekat dengan Allah.Dibiarkan dia lalai dan bergelumang dengan dosa kerana tidak jujur dalam menunaikan kewajipannya.Dan yakinlah kata ustaz itu,walaupun apa yang kamu minta itu belum juga Allah makbulkan hingga akhir hidupmu.Jangan sedih.Akhirat masih ada,nak.Sebaik-baik balasan adalah syurga buat kita.Tidak akan terasa kurang kita di sana.InsyaaaAllah..

Tersedarlah orang soleh itu pabila mendengar kata-kata ustaz itu tadi.Dia pun beristighfar kerana sudah berprasangka buruk kepada Allah.Padahal Allah sangat menyayanginya.

Semoga kisah ini mendapat pengajaran buat kita semua......Amin.


    yang benar,
post signature

p/s:artikel ini saya dapat dari seorang blogger.Hanya untuk kita kongsi bersama.Saya copy dan terjehmaahkan saja ke dalam bahasa melayu.

Sunday, 23 June 2013

Ambuyat:~Salah satu makanan pelik dari Sabah~


Assalamualaikum dan salam sajehtera.
Kali ni saya nak cerita pasal makanan pelik dari Sabah yang dipanggil dengan nama "Ambuyat".Pernah dengar tak tentang makanan ni??Kalau orang yang berasal dari Sabah pasti mereka tahu tentang makanan ni..Saya pun orang Sabah juga tapi saya tak tahu sangat tentang ambuyat ni tapi saya pernah makan sekali.Makcik saya yang buatkan lagi.Sedap juga...Jadi saya pun bertanyalah kat makcik saya tentang ambuyat ni.
Tahukah anda apa itu ambuyat???Ambuyat sebenarnya merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji.


~ini adalah set Ambuyat~

Ambuyat ialah sejenis  makanan tempatan yang terkenal di Sabah dan Sarawak.Juga boleh didapati di negeri Brunei.Ia juga dikenali sebagai linut.Rupa dan bentuk makanan ini pada asalnya seperti tepung tapi apabila ia dimasak,ia akan kelihatan berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.Cuba lihat gambar di bawah ini.


~inilah dia rupa ambuyat.menarik tak??~

Ambuyat ini dimakan dengan menggunakan garfu buluh yang dipangggil "chandas".Dengan menggolekkkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkan ke dalam sos.Di mana terdapat banyak jenis hidangan yang boleh kita makan bersama ambuyat seperti sambal belacan,sambal ikan dan sambal mangga.Terdapat juga hidangan yang sama di timur Indonesia.Di sana ia terkenal dengan nama "papeda".Itulah dia sedikit sebanyak tentang ambuyat.Siapa yang teringin nak cuba makanan ni,silalah datang ke Sabah ye...hehe ^_^



seriously dari,,,
post signature