nuffnang

Saturday 29 June 2013

Do It Yourself:~Tutorial French Braid Bun Hair~

Salam semua.Hari ini saya nak buat entri pasal fesyen pula.Saya sangat sukakan fesyen.Jadi saya tertarik nak kongsikan satu tutorial tentang rambut.Nama stail ni adalah "French Braid Bun Hair".Mari kita lihat cara-cara nak buat French Braid Bun Hair ni..


Menarik tak?Ada stail,kan?!


Saya dah cuba ni.Nampak sangat menarik dan kemas.Silalah cuba :)


post signature

Thursday 27 June 2013

Hikmah Terindah Di sebalik doa yang tidak termakbul


Al kisahnya begini.Ada seorang hamba ini yang sangat soleh,rajin berdoa dan minta sesuatu dengan Allah.Amalan dan ibadahnya baik dan tak pernah pun putus.Namun doanya tidak pernah dimakbulkan.Sebulan menunggu tapi doanya masih belum termakbul jua.Tetapi dia masih tidak berputus asa dan tetap berdoa.Tiga bulan berakhir,doanya masih juga belum termakbul.Sehinggalah hampir setahun berlalu,doanya masih juga belum termakbul.Dia berasa hairan padahal teman sepejabatnya yang orangnya biasa saja,solat pun kadang-kadang,dan buat kerja pun selalu tipu tapi doanya selalu termakbul.Orang soleh ini pun berasa sangat tidak puas hati lalu dia pun datang ke rumah seorang ustaz untuk bercerita tentang masalah yang dihadapinya.Tentang doanya yang tidak termakbul padahal dia sangat rajin dan taat kepada Allah berbanding rakan sepejabatnya itu.

Tersenyumlah ustaz ini apabila mendengar cerita dari orang soleh itu.Lalu ustaz itu pun bertanya.Kalau kamu pergi ke restoran,kemudian datang seorang penyanyi jalanan menghiburkan kamu dengan pakaiannya selekeh,suaranya tak sedap dan lagu yang dinyanyi pun bukan kesukaan kamu,apa yang akan kamu lakukan?Orang soleh tadi menjawab,saya akan beri dia duit agar dia segera beredar.Tak tahan melihat dan mendengar dia menyanyi lama-lama kat situ.
Na,cuba kalau penyanyi jalanan itu datang dengn segaknya,menyanyi dengan suara yang mengasyikkan dan lagu yang dinyanyikan pun adalah kesukaan kamu,apa pula kamu lakukan?soal ustaz itu lagi.Wah,kalau begitu saya biarkan saja dia menyanyi sampai habis.Lama pun tak kisah.Saya suruh dia nyanyi lagi.Banyak pun boleh.Kalau penyanyi jalanan tadi saya beri duit rm50,yang ini saya berani beri rm100,ustaz.Jawab orang soleh itu.

Ustaz itu pun tersenyum lagi.Begitulah,nak.Allah tidak puas mendengar doamu ketika kamu yang soleh datang menghadapnya.Allah ingin selalu melihat kamu dalam waktu yang lama sambil memohon doa kepadanya.Bagi Allah,apa sahaja yang kamu minta itu dengan segera dia boleh berikan.Namun dia ingin menahan kamu,agar kamu sentiasa dekat dengan Dia.Cuba bayangkan kalau doamu cepat dimakbulkan,adakah kamu akan sedekat ini?Di penghujung nanti apa yang kamu inginkan kemungkinan besar jauh lebih hebat dari apa yang kamu minta?Berbeza dengan rakan sepejabat kamu tadi.Allah memakbulkan doanya kerana Allah tidak mahu dia dekat dengan Allah.Dibiarkan dia lalai dan bergelumang dengan dosa kerana tidak jujur dalam menunaikan kewajipannya.Dan yakinlah kata ustaz itu,walaupun apa yang kamu minta itu belum juga Allah makbulkan hingga akhir hidupmu.Jangan sedih.Akhirat masih ada,nak.Sebaik-baik balasan adalah syurga buat kita.Tidak akan terasa kurang kita di sana.InsyaaaAllah..

Tersedarlah orang soleh itu pabila mendengar kata-kata ustaz itu tadi.Dia pun beristighfar kerana sudah berprasangka buruk kepada Allah.Padahal Allah sangat menyayanginya.

Semoga kisah ini mendapat pengajaran buat kita semua......Amin.


    yang benar,
post signature

p/s:artikel ini saya dapat dari seorang blogger.Hanya untuk kita kongsi bersama.Saya copy dan terjehmaahkan saja ke dalam bahasa melayu.

Sunday 23 June 2013

Ambuyat:~Salah satu makanan pelik dari Sabah~


Assalamualaikum dan salam sajehtera.
Kali ni saya nak cerita pasal makanan pelik dari Sabah yang dipanggil dengan nama "Ambuyat".Pernah dengar tak tentang makanan ni??Kalau orang yang berasal dari Sabah pasti mereka tahu tentang makanan ni..Saya pun orang Sabah juga tapi saya tak tahu sangat tentang ambuyat ni tapi saya pernah makan sekali.Makcik saya yang buatkan lagi.Sedap juga...Jadi saya pun bertanyalah kat makcik saya tentang ambuyat ni.
Tahukah anda apa itu ambuyat???Ambuyat sebenarnya merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji.


~ini adalah set Ambuyat~

Ambuyat ialah sejenis  makanan tempatan yang terkenal di Sabah dan Sarawak.Juga boleh didapati di negeri Brunei.Ia juga dikenali sebagai linut.Rupa dan bentuk makanan ini pada asalnya seperti tepung tapi apabila ia dimasak,ia akan kelihatan berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.Cuba lihat gambar di bawah ini.


~inilah dia rupa ambuyat.menarik tak??~

Ambuyat ini dimakan dengan menggunakan garfu buluh yang dipangggil "chandas".Dengan menggolekkkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkan ke dalam sos.Di mana terdapat banyak jenis hidangan yang boleh kita makan bersama ambuyat seperti sambal belacan,sambal ikan dan sambal mangga.Terdapat juga hidangan yang sama di timur Indonesia.Di sana ia terkenal dengan nama "papeda".Itulah dia sedikit sebanyak tentang ambuyat.Siapa yang teringin nak cuba makanan ni,silalah datang ke Sabah ye...hehe ^_^



seriously dari,,,
post signature

Wednesday 19 June 2013

Model Gajet Yang Sangat Kreatif,Kool dan Kiut Diperbuat Daripada Kertas



Salam,semua.Kepada peminat gajet-gajet sekalian...hehe..hari ini saya nak kongsikan beberapa gambar mengenai gajet-gajet yang diperbuat daripada kertas.Cantik tak???...dan memang ia amat menarik sekali.Gajet-gajet ini lebih kepada gajet yang agak klasik seperti walkman,kamera analog,kamera polaroid, dan lain-lain lagi.Semua gajet-gajet ini dibuat oleh studio pereka grafik dari Perancis bernama Zim & Zou.




~ini kamera analog~




~ini filem dia.kiutkan??~






~ini gambar belakang dia~



~ini pula kamera polaroid~



~yang ni gambar details dia..~




~kenal tak ini apa?hehe....mestilah kenal~


~ini pula walkman~


~ini pula headphone dia...~






              ~yang ni telefon bimbit...Besar betul eh..~




~muat kat poket tak ni?~








~yang ni disket~



~gambar kat atas dia ni.macam rupa mainan lak~








~yang ni mesti semua tahu.masa kecil,mesti pernah main ni~





~ini catridge dia.kena masukkan catridge,baru leh main~








~yang ni nintendo DS~








Kool kan???Mengimbau kenangan lama betul....setiap satu dibuat secara terperinci dan memang nampak seakan-akan betul,kan??agaknya boleh guna tak benda ni....



Tuesday 18 June 2013

Remaja 15 tahun Trauma selepas Ditawan kekasih jahanam dan diperkosa bergilir-gilir

Dalam kejadian 28 Mei yang lalu,seorang remaja perempuan berumur 15 tahun akhirnya melalui hari gelap dalam hidupnya apabila menjadi hamba seks kekasih dan dua orang lagi lelaki ketika dikurung selama 4 hari.Remaja berkenan diajak teman lelaki yang baru dikenali berumur 20-an itu keluar bersiar-siar di ibu negara dan berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah di Cheras selepas itu.Bagaimanapun,selepas menjemput mangsa pada jam 5 petang,lelaki terbabit mula mencari helah kononnya mahu berehat dan membawa remaja itu ke rumah sewanya di Pantai Dalam.Mangsa tidak mengesyaki perkara buruk akan berlaku kerana dua orang rakan lelaki tersebut ada bersama didalam rumah.Namun malang tidak berbau,mangsa diajak melakukan hubungan seks.Kerana tidak puas hati ditolak pelawaannya,lelaki tersebut menarik mangsa secara paksa masuk ke dalam bilik.Mangsa kemudian dikurung dalam bilik setelah diperkosa.Lebih malang lagi apabila dua orang rakan lelaki tersebut mengambil kesempatan ke atas mangsa yang tak berdaya.Mangsa diperkosa secara bergilir-gilir.Kerana tidak tahan dijadikan mangsa pemuas nafsu,mangsa mencuba pelbagai cara untuk keluar dari rumah tersebut fan akhirnya mangsa berjaya melarikan diri selepas empat hari dikurung.Mangsa melarikan diri sebelum menaiki teksi untuk pulang ke rumah dalam keadaan trauma.Tetapi tidak pula menceritakan kepada keluarga apa yang berlaku ke atasnya kerana takut.Namun akhirnya,mangsa hanya menceritakan kejadian itu juga selepas dipujuk keluarga yang menyedari akan perubahan sikapnya dan dia dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian itu.


serius_misterius:"inilah kejadian yang sering berlaku ke atas remaja zaman sekarang terutama sekali remaja perempuan yang baru meningkat dewasa.Terlalu bebas sangat dengan pergaulan akibatnya tidak difikir.Bila dah kena,baru menyesal tak sudah.Nak salahkan ibubapa tapi sebenarnya mereka inilah yang patut disalahkan sebab tak dengar nasihat orang tua.Lagi satu terlampau ikut perasaan sangat maklumlah jiwa muda remaja.Saya kesian sangat budak-budak sekarang senang betul jadi mangsa dengan lelaki yang baru dikenali.Harap adik-adik yang lain,yang baru meningkat dewasa,saya nasihatkan agar berhati-hati dalam memilih kawan dan hadkan pergaulan anda dengan lelaki.Jangan ikut budaya barat yang bebas dalam pergaulan.okey..."

Sunday 16 June 2013

Kajol berjaya turunkan berat badan 18 kg!!

Siapa tak kenal dengan artis bollywood yang mempunyai kening lebat dan terkenal dengan filem lakonannya seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Ghum ini??Selepas melahirkan anak kedua pada 13 September 2010,ibu kepada 2 orang anak (Nysa,10 dan Yug,3) mengalami perubahan fizikal yang ketara.Akibat bertambah gempal dan wajahnya kelihatan lebih berusia dari umurnya 38 tahun,Kajol menyedari yang dia perlu melakukan sesuatu untuk kembali cantik dan dikagumi semula seperti dulu.Atas dorongan&sokongan dari pengarah dan juga rakan baiknya KaranbJohar dan adiknya Tanisha,Kajol berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kg sekali gus menyerlahkan tubuhnya yang langsing dan menarik.Ini adalah antara gambar-gambar Kajol sebelum dan selepas kembali langsing apabila mengambil keputusan menggunakan khidmat jurulatih senaman terkenal selebriti Shereveer Vakil.










yang ini gambar terbaru Kajol dari Filmfare Magazine 2013







nampak tak??Kajol sememangnya berjaya menurunkan berat badannya...makin bertambah sayanglah suaminya..nampak isteri dah jadi langsing semula.hehehehe..... :)

Tuesday 11 June 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.Bertemu kita kembali.Tak lama lagi bulan ramadhan datang menjelma,oleh itu saya nak buat entri pasal rahsia surah al-kautsar.Buat pedoman untuk kita semua

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR:


BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi




Saturday 8 June 2013

Senarai 12 Artis wanita bertudung Tercantik di Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.Bertemu kita kembali.Hari ini saya nak buat entri pasal artis Malaysia kita.Kali ni saya nak senaraikan 12 Artis wanita Malaysia bertudung Tercantik di Malaysia.Ini adalah senarai dari pilihan saya sendiri.Mari kita mula dari kedudukan nombor:


12.                                                             Ana Raffali



11.                                                            Ainan Tasneem



10.                                                            Wardina Safiyyah



09.                                                                 Natasha Hudson



08.                                                                    Irma Hasmie



07.                                                               Yatt Hamzah



06.                                                           Nurul Syuhada



05.                                                                   Shila Amzah



04.                                                              Farah Adeeba



03.                                                              Heliza Helmi



02.                                                          Dato' Siti Nurhaliza



01.                                                                 Diana Amir


Okey,itu saja untuk hari ni :)

Wednesday 5 June 2013

Senarai 3 Artis Tertinggi Dibayar di Bollywood

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.Saya serius_misterius,blogger baru kat sini.Hari ini saya akan memaparkan kisah-kisah artis tempatan dan antarabangsa.Untuk permulaan,mari kita lihat senarai  3 Artis Tertinggi dibayar di Bollywood:


01.                                                           SALMAN KHAN

siapa tak kenal artis ni??yang suka sangat tayang bodynya tu??Dikenali sebagai salah satu Khan yang terkenal dalam industri bollywood dan juga popular dengan nama budak jahat. Menduduki tangga pertama dalam senarai 3 artis tertinggi dibayar di Bollywood.Menjadi "kipas susah mati"(err..maksud saya peminat) salman khan,anda akan suka untuk tahu hakikat bahawa dalam masa yang sangat singkat,baru-baru ini beliau telah menandatangani sebuah filem Subash Ghai untuk 100 karor.Antara filem-filem lakonannya yang mencapai boxoffice tahun lalu ialah Bodyguard,Dabang,Ready,Ek Tha Tiger dan Dabang 2.






02.                                                           AAMIR KHAN
kita semua tahu hakikat bahawa amir khan agak memilih mengenai peranan beliau dalam lakonan yang diberi.Jadi bilangan filem setahun yang dilakonkan oleh Aamir Khan tidak begitu banyak .Kerana sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada peminat beliau,dia akan memastikan bahawa apa sahaja filem-filem dia lakonkan perlu menjadi blockbuster hits.Itulah sebab orang mengenali dia sebagai perfectionist.Setiap filem yang dilakonkannya,dia akan caj sekitar 40 hingga 50 crores dan untuk iklan pula,dia akan caj 4 crores.


03.                                                          SHAHRUKH KHAN
Anda akan terkejut untuk mengetahui bahawa king khan kita menduduki di tempat ketiga dalam senarai artis tertinggi dibayar di Bollywood.Setiap lakonannya dicaj sekitar 38 hingga 45 crores.Tapi masih lagi dia laris dan antara pelakon pilihan untuk semua pengarah
di Bollywood.Kini dia menikmati 34 sokongan jenama yang dianggarkan kira-kira 238 crores
Wah,bnyk tu!!!Hah,itulah dia senarai 3 artis paling tinggi dibayar di Bollywood.Next entri saya akan paparkan kisah artis tempatan pula.