Al kisahnya begini.Ada seorang hamba ini yang sangat soleh,rajin berdoa dan minta sesuatu dengan Allah.Amalan dan ibadahnya baik dan tak pernah pun putus.Namun doanya tidak pernah dimakbulkan.Sebulan menunggu tapi doanya masih belum termakbul jua.Tetapi dia masih tidak berputus asa dan tetap berdoa.Tiga bulan berakhir,doanya masih juga belum termakbul.Sehinggalah hampir setahun berlalu,doanya masih juga belum termakbul.Dia berasa hairan padahal teman sepejabatnya yang orangnya biasa saja,solat pun kadang-kadang,dan buat kerja pun selalu tipu tapi doanya selalu termakbul.Orang soleh ini pun berasa sangat tidak puas hati lalu dia pun datang ke rumah seorang ustaz untuk bercerita tentang masalah yang dihadapinya.Tentang doanya yang tidak termakbul padahal dia sangat rajin dan taat kepada Allah berbanding rakan sepejabatnya itu.
Tersenyumlah ustaz ini apabila mendengar cerita dari orang soleh itu.Lalu ustaz itu pun bertanya.Kalau kamu pergi ke restoran,kemudian datang seorang penyanyi jalanan menghiburkan kamu dengan pakaiannya selekeh,suaranya tak sedap dan lagu yang dinyanyi pun bukan kesukaan kamu,apa yang akan kamu lakukan?Orang soleh tadi menjawab,saya akan beri dia duit agar dia segera beredar.Tak tahan melihat dan mendengar dia menyanyi lama-lama kat situ.
Na,cuba kalau penyanyi jalanan itu datang dengn segaknya,menyanyi dengan suara yang mengasyikkan dan lagu yang dinyanyikan pun adalah kesukaan kamu,apa pula kamu lakukan?soal ustaz itu lagi.Wah,kalau begitu saya biarkan saja dia menyanyi sampai habis.Lama pun tak kisah.Saya suruh dia nyanyi lagi.Banyak pun boleh.Kalau penyanyi jalanan tadi saya beri duit rm50,yang ini saya berani beri rm100,ustaz.Jawab orang soleh itu.
Ustaz itu pun tersenyum lagi.Begitulah,nak.Allah tidak puas mendengar doamu ketika kamu yang soleh datang menghadapnya.Allah ingin selalu melihat kamu dalam waktu yang lama sambil memohon doa kepadanya.Bagi Allah,apa sahaja yang kamu minta itu dengan segera dia boleh berikan.Namun dia ingin menahan kamu,agar kamu sentiasa dekat dengan Dia.Cuba bayangkan kalau doamu cepat dimakbulkan,adakah kamu akan sedekat ini?Di penghujung nanti apa yang kamu inginkan kemungkinan besar jauh lebih hebat dari apa yang kamu minta?Berbeza dengan rakan sepejabat kamu tadi.Allah memakbulkan doanya kerana Allah tidak mahu dia dekat dengan Allah.Dibiarkan dia lalai dan bergelumang dengan dosa kerana tidak jujur dalam menunaikan kewajipannya.Dan yakinlah kata ustaz itu,walaupun apa yang kamu minta itu belum juga Allah makbulkan hingga akhir hidupmu.Jangan sedih.Akhirat masih ada,nak.Sebaik-baik balasan adalah syurga buat kita.Tidak akan terasa kurang kita di sana.InsyaaaAllah..
Tersedarlah orang soleh itu pabila mendengar kata-kata ustaz itu tadi.Dia pun beristighfar kerana sudah berprasangka buruk kepada Allah.Padahal Allah sangat menyayanginya.
Semoga kisah ini mendapat pengajaran buat kita semua......Amin.
yang benar,
p/s:artikel ini saya dapat dari seorang blogger.Hanya untuk kita kongsi bersama.Saya copy dan terjehmaahkan saja ke dalam bahasa melayu.