Dalam kejadian 28 Mei yang lalu,seorang remaja perempuan berumur 15 tahun akhirnya melalui hari gelap dalam hidupnya apabila menjadi hamba seks kekasih dan dua orang lagi lelaki ketika dikurung selama 4 hari.Remaja berkenan diajak teman lelaki yang baru dikenali berumur 20-an itu keluar bersiar-siar di ibu negara dan berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah di Cheras selepas itu.Bagaimanapun,selepas menjemput mangsa pada jam 5 petang,lelaki terbabit mula mencari helah kononnya mahu berehat dan membawa remaja itu ke rumah sewanya di Pantai Dalam.Mangsa tidak mengesyaki perkara buruk akan berlaku kerana dua orang rakan lelaki tersebut ada bersama didalam rumah.Namun malang tidak berbau,mangsa diajak melakukan hubungan seks.Kerana tidak puas hati ditolak pelawaannya,lelaki tersebut menarik mangsa secara paksa masuk ke dalam bilik.Mangsa kemudian dikurung dalam bilik setelah diperkosa.Lebih malang lagi apabila dua orang rakan lelaki tersebut mengambil kesempatan ke atas mangsa yang tak berdaya.Mangsa diperkosa secara bergilir-gilir.Kerana tidak tahan dijadikan mangsa pemuas nafsu,mangsa mencuba pelbagai cara untuk keluar dari rumah tersebut fan akhirnya mangsa berjaya melarikan diri selepas empat hari dikurung.Mangsa melarikan diri sebelum menaiki teksi untuk pulang ke rumah dalam keadaan trauma.Tetapi tidak pula menceritakan kepada keluarga apa yang berlaku ke atasnya kerana takut.Namun akhirnya,mangsa hanya menceritakan kejadian itu juga selepas dipujuk keluarga yang menyedari akan perubahan sikapnya dan dia dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian itu.
serius_misterius:"inilah kejadian yang sering berlaku ke atas remaja zaman sekarang terutama sekali remaja perempuan yang baru meningkat dewasa.Terlalu bebas sangat dengan pergaulan akibatnya tidak difikir.Bila dah kena,baru menyesal tak sudah.Nak salahkan ibubapa tapi sebenarnya mereka inilah yang patut disalahkan sebab tak dengar nasihat orang tua.Lagi satu terlampau ikut perasaan sangat maklumlah jiwa muda remaja.Saya kesian sangat budak-budak sekarang senang betul jadi mangsa dengan lelaki yang baru dikenali.Harap adik-adik yang lain,yang baru meningkat dewasa,saya nasihatkan agar berhati-hati dalam memilih kawan dan hadkan pergaulan anda dengan lelaki.Jangan ikut budaya barat yang bebas dalam pergaulan.okey..."
No comments:
Post a Comment